Jerawat akan muncul bila minyak atau sebum, bakteria dan sel kulit mati menyumbat liang roma pada kulit muka. Ini diantara senarai terhangat bagaimana jerawat boleh hinggap di pipi gebu you all.
1. Membersihkan muka terlalu kerap
Okey saya tahu ramai yang melakukan ini dengan harapan kulit akan sentiasa kering dan jerawat cepat mati. Sebenarnya ini salah ye you all. Cara yang salah yang akan menjadikan kulit semakin berminyak dan berjerawat. Apa yang perlu you all buat adalah dengan cuci muka dengan cleanser yang bersesuaian khas untuk kulit berminyak dan berjerawat 2 kali sudah mencukupi iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur.
2. Menyental kulit dengan scrub.
Sebenarnya untuk kulit sebegini kita memang tak galakkan you all skrub muka ye. Cukup dengan memakai mask yang mempunya skrub seperti Mary Kay Botanical Effect Scrub hanya sapu dan lap setelah kering.
Berskrub dengan produk skrub yang terlalu kasar akan menyebabkan keadaan kulit semakin teruk kerana skin irritation. Walaubagaimanapun, jika mahu skrub juga ini adalah cara yang betul. Skrub dilakukan 1-3 kali seminggu, menggunakan skrub yang halus tekstur nya, diurut lembut ke muka, dan bilas dengan air suam.
3. Tidak membersihkan peluh.
Penat bekerja atau membuat aktiviti berat menjadikan badan (termasuk muka) berpeluh-peluh. Ingat, jangan biarkan peluh itu kering dan menyerap ke dalam kulit. Ianya akan memerangkap kotoran di liang-liang roma you all. Bersihkan muka dan mandi terus.
4. Picit jerawat.
Ini sangat normal dilakukan bila ada jerawat, tangan mula merayap nak memicit. Tabiat memicit jerawat dengan kuku akan memburukkan keadaan kulit dan meninggalkan parut. Elakkan picit jerawat dengan kuku, gunakan produk khas jerawat seperti losyen jerawat untuk kecutkan jerawat ok. Cari maklumat cara picit jerawat yang betul daripada sumber yang betul.
5. Syampu rambut yang meleleh ke muka.
Haaa baru tahu kan pasal ni? Syampu boleh menyebabkan jerawat! Bersyampu tidak salah. Tetapi apabila syampu rambut terkena muka, ia boleh membuatkan kulit berjerawat. Nak tahu sebab apa? Sebab syampu mengandungi bahan pelembab atau minyak khas untuk melembutkan rambut. Oleh itu, pastikan buih syampu tidak terkena bahagian dahi dan muka.
6. Produk rambut hanya untuk rambut.
Ok ini sangat penting sebab kita selalu terlepas pandang dalam hal ini. Pastikan spray rambut, gel, mousse dan apa saja produk penjagaan rambut tidak seharusnya digunakan untuk kawasan muka. Ini bagi mengelakkan pori-pori tersumbat oleh bahan yang terdapat dalam produk penjagaan rambut. Elakkan juga conditioner dan lain-lain produk rambut terkena kawasan muka.
7. Makan makanan berminyak.
Greasy food boleh menyebabkan kulit berjerawat dan berminyak semakin menjadi-jadi ye. Jom amalkan makanan diet yang sihat, lebihkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk memiliki jkulit yang seimbang. Pastikan you all mengambil kuantiti yang sedikit bagi makanan berminyak.
8. Penggunaan kosmetik yang mengandungi minyak.
Produk yang mengandungi minyak akan menyebabkan kulit sukar sembuh dari jerawat dan semakin berminyak. Bila nak beli mekap, pastikan beli yang oil-free dengan label non-acnegenic atau non-comedogenic untuk mengelakkan jerawat.
9. Berhenti mengambil treatment untuk jerawat.
Mengambil ubat dari pakar kulit untuk jerawat atau mendapatkan produk jerawat dari pakar kecantikan itu satu tindakan yang bagus. Tapi jangan sewenang-wenangnya berhenti apabila jerawat dah sembuh. Untuk mengelakkan jerawat dari muncul semula, habiskan ubat mengikut prescription doctor atau amalkan supplement untuk mendapatkan kulit yang sihat, bebas jerawat dan bebas minyak.
Ini diantara produk yang terbaik dipasaran untuk mengatasi masalah jerawat. Acne-Prone Skin Solution.
10. Menggunakan Whitening Skin Care.
Sekarang ni ramai yang nak kulit putih tapi tolong alert ye set pencerahan kulit adalah sangat tidak bersesuaian untuk kulit berjerawat dan ianya berbahaya untuk kulit yang sensitif.
Dari segi bahan dan kandungannya membolehkan jerawat tidak sembuh, muka semakin berminyak dan berpotensi meninggalkan pigmentasi. Jadi, kena guna set penjagaan kulit yang khas untuk kulit berminyak dan berjerawat. Sebelum cerahkan kulit, atasi masalah kulit anda dahulu.
Oleh itu, elakkan menggunakan cara-cara yang tidak dibenarkan di atas bagi mengelakkan munculnya jerawat di wajah you all OK.
Semoga bermanfaat!
With Love.
No comments:
Post a Comment