Thursday, 5 March 2015

6 Faktor Mata Panda.



1) Faktor Keturunan.
Kebarangkalian you all mengalami masalami masalah lebam bawah mata adalah kerana faktor ini. Jika ahli keluarga atau saudara terdekat mengalaminya, you all mungkin juga bakal menghadapi keadaan serupa.

2) Faktor Alergi.
Mungkin you all mempunyai alahan mata hingga terpaksa selalu menggosok mata. Jika terlalu kerap kemungkinan besar you all boleh dapat lebam bawah mata.

3) Faktor Keletihan.
Kebanyakan lebam bawah mata sebab faktor keletihan inilah. ianya terjadi akibat kurang tidur, terlalu sibuk dengan kerja dan menghadap telefon pintar serta komputer riba dalam jangkamasa yang panjang.

4) Faktor Kekurangan Zat Besi.
OK bagi wanita hamil, kulit selalunya akan menjadi lebih pucat sebab kekurangan zat besi. Dalam hal ini, pembuluh-pembuluh darah bawah mata akan kelihatan lebih jelas. Jadi pastikan you all mengambil supplement dan mengamalkan pemakanan yang boleh menampung keperluan tubuh you all ye.

5) Faktor Alkohol.
AMARAN ye. Ketagihan alkohol juga merupakan salah satu penyumbang kepada masalah lebam bawah mata malah aktivoti yang tidak baik kepada agama dan diri kita semua!

Terakhir sekali,

6) Faktor Usia.
Selain itu, punca lain berlakunya lebam bawah mata kerana faktor usia. Kulit kita kehilangan banyak kolagen dan wajah mulai berkedut dimakan usia. Oleh sebab tu amatlah penting you all mengamalkan penjagaan wajah dan treatment mata supaya tampak muda dan kekal segar.

Semoga bermanfaat.

With Love.

No comments:

Post a Comment