Tuesday, 17 March 2015

Different Between CC Cream & Foundation Mary Kay


CC Cream - Complexion Correction - Light Coverage.

8 Benefits.

1. Protect - formulated with SPF 15.
2. Brightens - Instant skin luminosity.
3. Minimizes Redness - help calm and soothing.
4. Conceals - calm trouble skin
5. Reduces Visible Signs of Aging - fine lines appear less noticeable.
6. Hydrates - 10 hours.
7. Corrects with lightweight coverage.
8. Defends - powerful antioxidants help defend against skin-damaging free radicals.


Foundation - More Coverage.

1. Give u that smooth, pore-less look
2. Event out your skin tone.
3. Absorbs shine.
4. Stay put all day, more coverage for acne or uneven skin tone.


Monday, 9 March 2015

Free Skin Care Class



Hai Ladies!
Wajah anda kusam, tak bermaya dan kurang keyakinan diri?
Mahu cantik, berseri dan kelihatan menarik?

Mahu saya ajarkan bagaimana cara penjagaan wajah yang betul dan berkongsi tips kecantikan kepada anda di kelas kecantikan saya secara PERCUMA?
komen "Saya Mahu"
dan
Whatsapp "SCC CattMahfar" di talian 019-6401156 atau PM Cattridz Shoppe untuk temujanji seterusnya. Saya sedia membantu anda.
Nota Penting: Kelas akan diadakan di sekitar Petaling Jaya dan jika anda mahu kelas ini boleh dilakukan di rumah anda atau di pejabat anda di sekitar Kuala Lumpur.
With Love.

Thursday, 5 March 2015

Mary Kay CC Cream.



Buat anda yang tercari-cari foundation / cream yang mempunyai good coverage, flawless skin, tekstur ringan dan ada sun protector, Mary Kay CC Cream lah jawapannya!

Mempunyai 8 kebaikan dalam 1 cream:
1. Melawan garis halus dan tanda penuaan.
2. Melembapkan kulit tanpa menjadikan kulit berminyak atau melekit.
3. Melindungi kulit dari sinaran UVA dan UVB (spf15)
4. Menutup cela, memelihara kulit jerawat serta menenangkan kulit bermasalah.
5. Mencerah dan menyerikan tona kulit dengan segera.
6. Membetulkan ketidaksempurnaan pada kulit.
7. Mengurangkan kemerahan pada kulit.
8. Mempertahankan dan melindungi kulit dari radikal bebas atau kesan pencemaran dengan kuasa antioksida.

4 tona warna untuk disesuaikan dengan tona kulit anda!





Testimoni CC Cream Mary Kay

Harga: RM79.00

Berminat mahu dapatkan CC Cream ini? 

Contact saya 
Catt Mahfar 019-6401156 

Dan dapatkan free Jelly Lip Gloss bernilai RM32.00 dan free consultation sepanjang menggunakan produk MaryKay. 
Ianya adalah hadiah penghargaan daripada saya. 
Berbaloi kan?

6 Faktor Mata Panda.



1) Faktor Keturunan.
Kebarangkalian you all mengalami masalami masalah lebam bawah mata adalah kerana faktor ini. Jika ahli keluarga atau saudara terdekat mengalaminya, you all mungkin juga bakal menghadapi keadaan serupa.

2) Faktor Alergi.
Mungkin you all mempunyai alahan mata hingga terpaksa selalu menggosok mata. Jika terlalu kerap kemungkinan besar you all boleh dapat lebam bawah mata.

3) Faktor Keletihan.
Kebanyakan lebam bawah mata sebab faktor keletihan inilah. ianya terjadi akibat kurang tidur, terlalu sibuk dengan kerja dan menghadap telefon pintar serta komputer riba dalam jangkamasa yang panjang.

4) Faktor Kekurangan Zat Besi.
OK bagi wanita hamil, kulit selalunya akan menjadi lebih pucat sebab kekurangan zat besi. Dalam hal ini, pembuluh-pembuluh darah bawah mata akan kelihatan lebih jelas. Jadi pastikan you all mengambil supplement dan mengamalkan pemakanan yang boleh menampung keperluan tubuh you all ye.

5) Faktor Alkohol.
AMARAN ye. Ketagihan alkohol juga merupakan salah satu penyumbang kepada masalah lebam bawah mata malah aktivoti yang tidak baik kepada agama dan diri kita semua!

Terakhir sekali,

6) Faktor Usia.
Selain itu, punca lain berlakunya lebam bawah mata kerana faktor usia. Kulit kita kehilangan banyak kolagen dan wajah mulai berkedut dimakan usia. Oleh sebab tu amatlah penting you all mengamalkan penjagaan wajah dan treatment mata supaya tampak muda dan kekal segar.

Semoga bermanfaat.

With Love.

Wednesday, 4 March 2015

Bagaimana Jerawat Boleh Muncul?


Jerawat akan muncul bila minyak atau sebum, bakteria dan sel kulit mati menyumbat liang roma pada kulit muka. Ini diantara senarai terhangat bagaimana jerawat boleh hinggap di pipi gebu you all.
1. Membersihkan muka terlalu kerap
Okey saya tahu ramai yang melakukan ini dengan harapan kulit akan sentiasa kering dan jerawat cepat mati. Sebenarnya ini salah ye you all. Cara yang salah yang akan menjadikan kulit semakin berminyak dan berjerawat. Apa yang perlu you all buat adalah dengan cuci muka dengan cleanser yang bersesuaian khas untuk kulit berminyak dan berjerawat 2 kali sudah mencukupi iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur.
2. Menyental kulit dengan scrub.
Sebenarnya untuk kulit sebegini kita memang tak galakkan you all skrub muka ye. Cukup dengan memakai mask yang mempunya skrub seperti Mary Kay Botanical Effect Scrub hanya sapu dan lap setelah kering. 

Berskrub dengan produk skrub yang terlalu kasar akan menyebabkan keadaan kulit semakin teruk kerana skin irritation. Walaubagaimanapun, jika mahu skrub juga ini adalah cara yang betul. Skrub dilakukan 1-3 kali seminggu, menggunakan skrub yang halus tekstur nya, diurut lembut ke muka, dan bilas dengan air suam. 
3. Tidak membersihkan peluh.
Penat bekerja atau membuat aktiviti berat menjadikan badan (termasuk muka) berpeluh-peluh. Ingat, jangan biarkan peluh itu kering dan menyerap ke dalam kulit. Ianya akan memerangkap kotoran di liang-liang roma you all. Bersihkan muka dan mandi terus.
4. Picit jerawat.

Ini sangat normal dilakukan bila ada jerawat, tangan mula merayap nak memicit. Tabiat memicit jerawat dengan kuku akan memburukkan keadaan kulit dan meninggalkan parut. Elakkan picit jerawat dengan kuku, gunakan produk khas jerawat seperti losyen jerawat untuk kecutkan jerawat ok. Cari maklumat cara picit jerawat yang betul daripada sumber yang betul.
5. Syampu rambut yang meleleh ke muka.
Haaa baru tahu kan pasal ni? Syampu boleh menyebabkan jerawat! Bersyampu tidak salah. Tetapi apabila syampu rambut terkena muka, ia boleh membuatkan kulit berjerawat. Nak tahu sebab apa? Sebab syampu mengandungi bahan pelembab atau minyak khas untuk melembutkan rambut. Oleh itu, pastikan buih syampu tidak terkena bahagian dahi dan muka.
6. Produk rambut hanya untuk rambut.
Ok ini sangat penting sebab kita selalu terlepas pandang dalam hal ini.  Pastikan spray rambut, gel, mousse dan apa saja produk penjagaan rambut tidak seharusnya digunakan untuk kawasan muka. Ini bagi mengelakkan pori-pori tersumbat oleh bahan yang terdapat dalam produk penjagaan rambut. Elakkan juga conditioner dan lain-lain produk rambut terkena kawasan muka.
7. Makan makanan berminyak.
Greasy food boleh menyebabkan kulit berjerawat dan berminyak semakin menjadi-jadi ye. Jom amalkan makanan diet yang sihat, lebihkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk memiliki jkulit yang seimbang. Pastikan you all mengambil kuantiti yang sedikit bagi makanan berminyak.

8. Penggunaan kosmetik yang mengandungi minyak.
Produk yang mengandungi minyak akan menyebabkan kulit sukar sembuh dari jerawat dan semakin berminyak. Bila nak beli mekap, pastikan beli yang oil-free dengan label non-acnegenic atau non-comedogenic untuk mengelakkan jerawat.
9. Berhenti mengambil treatment untuk jerawat.
Mengambil ubat dari pakar kulit untuk jerawat atau mendapatkan produk jerawat dari pakar kecantikan itu satu tindakan yang bagus. Tapi jangan sewenang-wenangnya berhenti apabila jerawat dah sembuh. Untuk mengelakkan jerawat dari muncul semula, habiskan ubat mengikut prescription doctor atau amalkan supplement untuk mendapatkan kulit yang sihat, bebas jerawat dan bebas minyak.
Ini diantara produk yang terbaik dipasaran untuk mengatasi masalah jerawat. Acne-Prone Skin Solution.

10. Menggunakan Whitening Skin Care.
Sekarang ni ramai yang nak kulit putih tapi tolong alert ye set pencerahan kulit adalah sangat tidak bersesuaian untuk kulit berjerawat dan ianya berbahaya untuk kulit yang sensitif.


Dari segi bahan dan kandungannya membolehkan jerawat tidak sembuh, muka semakin berminyak dan berpotensi meninggalkan pigmentasi. Jadi, kena guna set penjagaan kulit yang khas untuk kulit berminyak dan berjerawat. Sebelum cerahkan kulit, atasi masalah kulit anda dahulu.

Oleh itu, elakkan menggunakan cara-cara yang tidak dibenarkan di atas bagi mengelakkan munculnya jerawat di wajah you all OK.
Semoga bermanfaat!
With Love.

Monday, 2 March 2015

Jangan Cuci Mekap Guna Baby Oil.


Assalamualaikum.

Tajuk permulaan harini agak keras sikit ye sebab Catt melarang perbuatan kebiasaan anda. Harap jangan marah ye. Kalau nak marah cuba baca dulu sampai habis.

Catt memang tak syorkan dan kalau boleh memang nak haramkan penggunaan baby oil untuk hilangkan mekap terutama di sekeliling mata.

Siapa tahu sebab apa? Siapa tahu angkat kening! hehe.

OK, ini diantara sebab-sebab mengapa kita dilarang menggunakan baby oil untuk hilangkan mekap.

1) Kulit bahagian keliling mata kita 5 kali lebih nipis dan sensitif berbanding kulit wajah kita. Jadi, bila kita menggunakan baby oil kulit nipis itu memerangkap minyak dan lama-kelamaan akan timbul bintik-bintik putih disekeliling mata kita. Nak hilangkan bukan senang tau hanya dengan menjalani pembedahan kosmetik sahaja yang boleh hilangkan bintik-bintik minyak tu. Aduhh. 

Perasan tak ada orang penuh bintik-bintik ini disekitar mata mereka dan Catt pasti korang semua masih belum terlambat untuk berhenti dari menggunakan baby oil untuk buang mekap korang.



2) Baby oil tidak akan dapat menghilangkan sepenuhnya mekap di wajah you all terutama maskara! Kalau tak percaya cuba kesat dengan tuala lembut atau tisu basah pasti masih ada lebihan mekap dan jika ini terjadi bulu mata korang boleh gugur dan semakin menipis. belum kira lagi alergic yang you all akan terima macam gatal-gatal di bahagian mata, muka, bulu mata gugur, mata pedih-pedih.

Jadi, untuk mengelakkan kesan negatif pada masa akan datang sebaiknya bertukarlah kepada oil-free make up remover ya. Catt syorkan you all make-up remover paling best yang pernah Catt jumpa ok.

Ini dia. Tadaaaaa.



Ok kenapa Catt syorkan yang ini? 

Pertama: Mudah menanggalkan mekap mata seperti celak dan eye-shadow dan lipstik. Jadi kelopak mata tak lagi perlu ditonyoh/sental dengan kuat untuk hilangkan mekap walaupun you all guna mekap kalis air. 

Kedua: Ianya bukan minyak. Oil-Free Makeup Remover ini gabungan air dan silikon. You all boleh tengok ada dua lapisan dalam botol make up remover ni. Di atas silikon, di bawahnya air. Bila digoncang, you all akan dapat lihat gabungan air dan silikon macam gambar di bawah.  Ianya membantu merawat bahagian mata dan bibir luar dan dalam. Memang best.


Ketiga: Ianya tak pedihkan mata. Kalau you all cuci bahagian mata yang masih ada contact lens, ia tidak akan merosakkan contact lens.

Cubalah sendiri ok. Jika berkenan di hati Text/whatsapp Catt 019-6401156 untuk harga kasih sayang.

With Love.

FREE Skin Care Class.



Let's rock the party ladies! 


You are cordially invited to my next Open Skin Care Class!



Text me your <Full Name><Date of Birth><Phone Number> to 019-6401156 now. 
Seats are limited.

With Love.

Sunday, 1 March 2015

FAQ Free Beauty Class


Korang tanya Kak Catt Jawap.

Ramai yang tanya Catt pasal Beauty Class yang Catt join haritu. Macam-macam soalan. Best ke? Ada apa je? Class ni ajar apa? Jauh la class ni dekat-dekat takde ke? Lama tak class ni? Kena bawa apa? Apa yang kita dapat? Guna produk apa?

Haaa meh kak Catt jawap so lepas ni sesiapa tanya I copy paste aje. Ni kira FAQ la. Hehe.

Best ke? 
 Best sangat okey kalau tak takkan almost everyday Catt teringat-ingat dan share pasal Beauty Class ni sampai orang pun naik jelak. Hehe.

Ada apa je? 
 Takde pape pun. Yang ada hanyalah Beauty Consultant, Guest dan alatan-alatan untuk you all belajar. Selalunya semua perempuan so that you tak perlu risau pasal aurat masa belajar nanti.
Class ni ajar apa?
 Facial.
 Mask dan cara urutan yang betul.
 Basic Make Up.
 Hand Spa.
 Lip Spa.

Jauh la class ni dekat-dekat takde ke? 
 Kalau rasa jauh kita boleh dekatkan. Jangan risau Beauty Consultant ni boleh buat even dirumah anda dengan syarat minimum 3 orang. Haaa pakatlah kumpul kawan-kawan naaa.

Lama tak class ni?
 Minimum 2 jam.

Kena bawa apa?
 Bawa body je hehe.

Apa yang kita dapat?
 InsyaAllah banyak manfaatnya. Dapat ilmu baru, kawan baru, networking baru dan kalau bernasib baik dapatkan doorgift dan refreshment dari tuan rumah.

Guna produk apa?
 Jangan risau okey dah tentulah produk antarabangsa yang best-best. Selamat digunakan dan suci gunakan tanpa was-was. Nak bagi orang mestilah yang elok-elok kan?

Ada soalan lagi? Silakan tanya 

With Love.

Cantik Itu Hak Semua Wanita.

Siapa setuju dengan tajuk di atas?

Cantik tu hak semua wanita tau. Janganlah cakap kalau dah kahwin, anak dah ramai, suami dah meningkat umur even kita sendiri dah makin tua tak perlu nak lawa-lawa. Untuk siapa nak cantik-cantik ni? Untuk apa nak berdandan beriya-iya? Buang masa, buang duit!

You are totally wrong my dear.

Allah ciptakan kita cukup segala sifat. Cantik luaran dan cantik dalaman. Kita ambillah amanah menjaga setiap nikmat yang Allah beri pada kita dear. Sayang sekali wanta-wanita luar sana ambil mudah tentang penjagaan wajah dan diri sendiri. Kalaulah anda semua tahu kecantikan meningkatkan tahap keyakinan diri dan pengerat kasih sayang suami isteri pasti setiap wanita berlumba-lumba nak cantik. 

Tak percaya? OK nanti datang Beauty Class saya dan saya akan pastikan kecantikan dan keyakinan anda pasti datang selari! Dan kasih sayang antara anda dan suami bertambah-tambah dari sehari ke sehari! 

With Love.